Thursday 22 December 2011

Mentaati Kedua Ibu Bapa

Assalamualaikum..segala puji bagi Allah..Engkau penegak langit dan bumi, alam semesta serta segala isinya..Ya Allah bagimu kekuasaan dilangit dan di bumi...Selawat dan Salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.. 

..setiap detik ku terbayang wajah ibu dan ayahku di kg halaman..walaupun berjauhan namun hatiku tetap tersemat wajah2 mereka..sebagai cinta dan kasihku pada mereka  ku panjatkan doa ke hadrat Ilahi memohon limpahan keampunan ke atas kedua IbuBapaku, semoga diberi kesihatan yang berpanjangan...

Selagi kedua IbuBapa kita masih hidup bahagiakan laah mereka..perlihara dan jaga lahh mereka sebaik2_nya...Setiap kali aq melihat wajah mak dan abah..hatiku tersentuh bagai ada sesuatu yang membuatkan aq menangiss...aq inginkan mak dan ayah bahagia ketika aq bahagia..aq inginkan mak dan ayah gembira tika aq gembira...siapa laa aq tanpa mereka didunia ini..

Bagi teman2 yang sudah ketiadaan Ibubapa..sedekahkan laa Al-Fatihah berserta doa kpd mereka..semoga roh mereka berada dalam kalangan orang2 yang beriman..aminnnn..

..dekat sini aq nk kongsi bersama teman2 daripada hadis Nabi SAW berkenanan dengan IbuBapa..ambillah pengajaran kita bersama...:-)

 Hadith: Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." - Riwayat al-Hakim



Pengajaran hadis:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah. 

Sama2 laa kita mendoakan kesejahteraan kedua Ibubapa kita...:-)

No comments:

Post a Comment