Thursday, 22 December 2011

SUATU KEHEBATAN PERLU DIKETAHUI OLEH SEMUA!!

APAKAH CABARAN KEPADA KESIHATAN KITA?

Penyakit Kronik Degeneratif

Penyakit yang paling merbahaya pada masa sekarang bukan penyakit yang berpunca daripada kuman atau pun virus, tetapi ia adalah penyakit kronik degeneratif yang berpunca daripada kerosakan dan degeneratif sel secara berkumpulan dalam badan manusia.

TAHUKAH KITA, SETAKAT INI TIADA ADA CARA UNTUK MENYEMBUHKANNYA


Laporan tahunan World Health Organistion (WHO) telah memberi amaran bahawa penyakit kanser, sakit jantung dan penyakit kronik yang lain telah meragut nyawa lebih 24 juta orang setiap tahun, dan ia akan terus membawa penderitaan dan menimbulkan ketidakupayaan kepada berjuta-juta manusia di bumi ini.




NAMUN PENYAKIT DEGENERATIF BOLEH DIELAKKAN

Ramai diantara kita masih menganggap penyakit kronik penyakit yang malang, penyakit yang diakibatkan oleh umur yang meningkat dan ia tidak dapat dielakkan. Namun kita harus faham bahawa "tua" tidak bermakna "sakit". Untuk mengelakkan penyakit degneratif, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat.





TAHUKAH ANDA, APAKAH PENYAKIT-PENYAKIT YANG SEDANG MENGAMCAM KEHIDUPAN MASA KINI






APAKAH ANDA SALAH SEORANG PENGHIDAPNYA??
APAKAH PUNCA PENYAKIT-PENYAKIT INI??

JAWAPANNYA: RADIKAL BEBAS (FREE RADICALS)

Saintis mengaanggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel-sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya. 

Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil. Bagi mengembalikkan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas di mana molekul yang sihat ini akan dirosakan. Ini akan membawa kerosakan berterusan kepada pelbagai sel dalam badan manusia.

DARI MANA DATANGNYA RADIKAL BEBAS??

  • Makanan (Makanan berlemak, bergoreng dan hangus cthnya: sate atau ikan bakar)
  • Rokok (Sebatang rokok membebaskan 3 trillion radikal bebas dalam darah)
  • Tekanan (Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin)
  • Bahan Kimia Toksik (Racun Serangga, dll)
  • Minuman Beralkohol
  • Sinaran Ultra Ungu
  • Pencemaran Alam Sekitar. dan lain-lain.



BAGAIMANA

MENGATASI SERANGAN RADIKAL BEBAS?? 

JAWAPANNYA: ANTIOKSIDAN (ANTIOXIDANTS)

Bagi mengimbangi kemusnahan sel-sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai para penyelidik terutama dalam bidang kesihatan mengenalpasti ANTIOKSIDAN adalah bahan yang teramat baik bagi mrngatasi serangan radikal bebas ini.

ANTIOKSIDAN adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas.

Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus menlindungi kerosakan sel badan yang normal, protein dan lemak.                                                                             ANTIOKSIDAN ini boleh ditemui dalam bahan-bahan semulajadi terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.                                                                                                                                   Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil "FITOKIMIA" dipercayai sebagai sumber antioksidan terbaik. Inilah sebabnya mengapa kita disaran mengambil 5 hingga 9 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Bagaimanapun, dalam keadaan kehidupan kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sekar diamalkan.         

  
Antara fitokimia yang penting ialah ANTIOKSIDAN. Ia adalah pigmen yang memberikan warna biru, ungu dan merah kepada tumbuh-tumbuhan. Tiga pigmen ini berfungsi melindungi tumbuh-tumbuhan daripada sinaran ultra ungu dalam cahaya matahari.                                                                                                                                       Kajian menunjukkan antioksidan daripada buah-buahan ini bukan sahaja mempunyai sifat antioksidan yang tinggi tetapi turut bertindak sebagai antiradang, antimicrabial, anti kanser (bagi mengelakkan kanser), memperbaiki fungsi penglihatan, antitumor dan juga antipenuaan.                                                                                                                   Lebih penting, ia juga dikatakan mempunyai sifat antikarsinagenik, memberi perlindungan kepada sistem kardiovaskular, mengawal paras gula dalam darah, khususnya bagi pesakit kencing manis, mencegah jangkitan saluran kencing, darah tinggi, gout, sakit sendi, sengal badan, strok, Alzheimer, menurunkan kolesterol, jangkitan virus, kaser perut dan keradangan usus. Membantu menjaga kesihatan kulit dan masalah penuaan awal.       
                                                                                           
 
                                                                             

                                                                                                                                                                   






No comments:

Post a Comment